14 September 2011

tinggal kenangan~~


indah sugguh d awal pertemuan..
pertemuan yang tk dirancang...
bertemu atas dasar kawan senegeri...
tp..
akhirnya berubah..
aku tk kisah...
tp
kenapa sebab yang diberikan untuk memutuskan tali persahabatan itu
tidak ada logik nya...
tk apa....
asalkan engkau bahagia di samping org tersayang...
mempunyai satu sahabat sejatu lebih berharga dari seribu teman yang memntingkan diri..
tp kau adalah sebaliknya sahabat..
apa yang kita alami demi seorang sahabat kadang2 melelahkan dan mejengkelkan,tetapi itulah yang dinamakan persahabatan...
tp engkau mudah saja nk emutuskan tali persahabatan yang terbina..
mungkin itu cara terbaik untuk kau hidup dengan cara kau...
seorang sahabat tidak akan menyembunyikan kesalahan untuk menghindari perselisihan..
justeru kerana kasih pada sahabat ia memberanikan dirimenegur apa adanya demi seorang sahabat yang dikasihi..
semua orang ingikan teman sejati..
namuntak semua orang berhasil mendapatkannya..
banyak pula orang yang telah menikmati indahnya persahabatan..
namun ada juga yang hancur setelah persahabatan yang dibina hancur begiru sahaja...
tergamaknya engkau...
ingatlah bila kali terakhir anda berada dalam kesulitan...
siapa yang mengasihi anda saat anda merasa tak dicintai????
siapa yang ingin bersama anda saat anda tak bisa memberikan apa2???
bukan lah sahabat anda yang selalu di sisi...tp sekarang tinggal kenagan...
dan jika satu ari anda jumpa dengan sahabat yang lebih baik hargailah dia dan peliharalah sellu persahabata kamu dan dia....
"dalam masa kejayaa kita kecapi,kawan2,teman2,sahabat2 mengenal kita...
dalam kesengsaraan mereka yang mengenali kita"
ciri-ciri sahbat:

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
  • Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.

Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:

  • Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
  • Sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
  • Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang dia tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu atau mengkhianati amanahmu. Bila telah di percayai, dia khianati. Bila telah di cintai, dia dustakan.
  • Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka berpesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan yang melalaikan.
  • Sahabat yang membawamu semakin jauh dari Allah. Seorang yang tidak menambah kebajikanmu di dunia, lebih2 lagi di akhirat. Seorang yang tidak menambah manfaat kehidupanmu di akhirat, bukanlah temanmu yang sebenar.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...