22 September 2011

teori pengurusan~~


kenapa entry aku kali ni tentang teori pengurusan dan tokoh psikology yang mencetuskan fenomena ini::)
ini adalah kerana aku sedang menyiapkan tugasan yang diberikan lec...smbil2 pos dlm entry untuk tontnan umum....
tugasan aku tentang teory pengurusan mana yang digunakan di kolej aku???:)....
so teory yang digunakan yang aku rasa betul ialah teori klasikal fayol???
kenapa??sebab hanya aku jer yang tahu,...kerana teori ini aku rasa terbaik kot..;)


HENRI FAYOL
(1945-1925)


Digelar sebagai ` Father or Management Theory’Bapa Teori pengurusan Moden’.Beliau telah menulis pada masa yang sama dengan Taylor tetapi menggunakan pendekatan yang berbeza .taylor menitik beratkan pengurusan perkilangan atau bawahan manakala fayol menekankan fungsi organisasi atau peringkat atasan organisasi.

Fayol merupakan seorang jurutera dan eksekuitf Peranchis telah membuat 3 sumbangan penting didalam teori pentadbiran:

· Beliau membezakan antara kemahiran teknikal dengan kemahiran pengurusan.
· Beliau telah mengenalpasti 5 fungsi –fungsi pengurusan yang khusus.
· Beliau telah mencadangkan 14 prinsip pengurusan.

Dalam bukunya Industrial and General Management fayol mendefinisikan pengurusan sebagai perancangan ,pengorganisasian,pengerahan,penyelarasan dan kawalan.ia merupakan pemakluman pertama fungsi seorang pengurus (5 fungsi).

Fayol dianggap sebagai sebagai pelopor teori pentadbiran dan penyumbang pendekatan teori organisai klasikal paling tekemuka .fayol merupakan individu pertama yang membincangkan pengurusan sebagai suatu proses yang mempunyai fungsi yang perlu dilakukan oleh semua pengurus.

ELTHON MAYO
(1880-1916)

Elthon Mayo ,ahli psikologi merupakan pengasas kepada pendekatan pergerakan perhubungan manusia dan sosiologi industri.dalam kajian nya di Universiti Harvard , beliau mendapati bahawa kepentingan kumpulan mempengaruhi tingkahlaku individu dalam kerja .Kajian dan sumbangan Mayo mendapati bahawa kewujudan kumpulan tidak formal adalah sebagai sumber motivasi pekerja.



MAX WABER

Max Waber merupakan seoarang ahli sosiologi German yang menekankan pendekatan birokrasi-iaitu perlunya sesebuah organisasi untuk mempraktikkan system pengurusan formal yang bercirikan PERATURAN & UNDANG-UNDANG ,GARIS HIERARKI ORGANISASI yang jelas HUBUNGAN BUKAN PERIBADI dikalangan ahli organisasi.

Beliau menyarankan 6 ciri birokrasi iaitu:

· Pengkhususan kerja
· Hierarki Autoriti
· Peratiran dan Tatacara yg Formal
· Pemilihan kakitangan Berdasarkan Kelulusan Teknik
· Imperseonaliti
· Pentadbir Tertakluk Kepada Peraturan dan Disiplin

Menurut Waber ,Organisasi yang birokratik merupakan sebuah institusi yang dominan dalam masyarakat kerana menganggap nya yang paling cekap.


DOUGLAS MAC GREGOR

Memperkenalkan Teori x dan Teori Y.

Iaitu Teori x – Tidak suka bekerja , tiada cita-cita,tidak suka bertanggung jawab
Manakala Teori Y- Suka bekerja ,ada cita-cita dan bertanggung jawab

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...