09 October 2011

migrain oh migrain:)







berminat aku nak kongsi entry kali ini tentang migrain...aku adalahsalah seorang daripadanya,,,urmm...itu yg membuatkan aku berminat untuk berkngsi bersama kawan2...
apabila migrain melanda rasa macam nak ketuk je kepala kat dinding.aku pernah merasakan...

> Migrain <
• Berlaku apabila saluran
darah di kepala menutup
terlalu ketat atau membuka terlalu luas.
• Sakit dirasai disebelah
bahagian sahajapada satusatu masa, tetapi mungkin merebak ke seluruh
kepala.
• Sakitnya berdenyutdenyut dan selalunya
berlaku secara perlahanlahan dan menjadi lebih
teruk selepas satu jam
atau lebih. Berlarutan
sekurang-kurangnya 2-4
jan atau lebih lama.
• Sakit mungkin menyerang
sekali dalam maasa beberapa hari atau beberapa minggu atau langsung tiada untuk beberapa bulan, Migrain
biasanya berlarutan selaman beberapa jam tetapi
jarang melebihi satu atau
dua hari.
• Sakit mungkin menjadi
lebih teruk dengan tekanan, pengambilan alcohol, atau sesetengah jenis
makanan seperti coklat
dan serinngkali disertai
rasa loya dan muntahmuntah. Tidur dapat
melegakan sakit kepala
jenis ini. Sakit ini juga
berlaku semasa haid.
• Mempunyai sejarah keluarga yang mengidap
migraine
Sakit Kepala Bertumpu
• Sakit kepala jenis ini biasanya berlaku di kalngan
lelaki pertengahan umur,
manakala migraine tipikal
lebih biasa berlaku di
kalangan wanita.
• Sakitnya hanya mepiluti
sebelah bahagina kepala
sahaja. Sakit biasanya
terjadi dibelakang mata
dan biasanya berlaku
pada mata yang sama.
• Sakit yang menyerang
secara tiba-tiba tanpa
sebarang amaran.
• Sakit yang memuncak
dalam tempoh 5 hingga
10 minit dan mungkin
berlarutan sehingga beberapa jam.
• Sakir yang menyebabkan
seseorang terbangun
dariapda tidir dan berlaku beberapa kali sehari
untuk beberapa minggu
dan kemudian berhenti.
Menyerang hampir pada
waktu yang sama setiap
hari, untuk beberapa
minggu atau bulan.
• Sakit yang mungkin berkaitan dengan sebelah
bahagian rongga hidung
tersumbat dan mata yang
berair.
Keradangan Sinus
• Sakit yang biasanya bermulal semasa atau
selepas demam selsema
yang teruk, terutamanya
jika berlaku titis postnasal (pangliran lender
berlebihan dari kawasan
hidung ke dalam fariks)
• Sakit yang tertumpu pada
satu kawasan tertentu
pada muka atau kepala,
dan menyerang dalam
masa yang singkat.
• Sakit yang teruk pada
waktu pagi sebelum mukus (lendir) berpeluang
untuk mengalir keluar.
• Sakit yang menjadi teruk
apabila batuk, bersin atai
menggerakkan kepala
dengan tiba-tiba.
• Sakit yang menjadi lebih
teruk dengan pengambilan aokohol, perubahan
suhu yang mendadak,
semasa musim sejuk dan
keluar dari bilik yang
sejuk ke kawasan luar
yang panas.
• Mempunyai sejarah
ëdemam hayí (rhinitis
alergik) dan alahan.
Arteritis Temporal
• Sakit yang biasanya berlaku di kalangan warga
tua yang berumur lebih
daripada 50 tahun
• Sakit yang berkaitan dengan abhagaian kepala dan
pelipis yang sensitive
(mudah terasa sakit bila
disentuh) dan sakit rahang.
• Penglihatan terganggu
• Sakit-sakit pada seluruh
badan.
• Kemungkinan berkaitan
dengan demam ringan
yang berlaku sekejapsekejap.
• Dikaitkan dengan penurunan berat badan pada
sesetengah orang
• Sakit kepala jenis ini
dianggap sebagai kes
kecemasa perubatan -
pesakit perlu dirawat
dihhospital dengan
segera..
Rawatan


Rawatan bergantung kepada sebab :
• Berehat/baring dalam bilik gelap,sunyi.
• Ambil ubat tahan sakit yang ringan seperti Tablet Paracetamol atau Asprin.
• Cuba teknik bertenang dan urutan. • Jika migrane, letakan beg air batu atau tuala sejuk di atas dahi anda dan ubah suai
pemakanan anda.
• Kendalikan tekanan anda dengan baik.
• Cuba rawatan pilihan seperti chiropractic dan akupuntur.
• Rawatan khusus bagi penyakit tertentu

• Cari penyebab atau pencetus sakit kepala anda dan
cuba elakkannya.
• Elakkan daripada mengambil makanan dan minuma
yang boleh menyebabkan sakit kepala
• Minta bantuan seseorang untuk mengurut otot-otot
yang tegang.
• Makan ubat penahan sakit seperti Acetaminophen,
ibuprofen atau aspirin untuk mengurangkan sakit
kepala anda
Berehat dengan menutup mata dan menarik nafas
panjang-panjang dengan perlahan-lahan
• Mandi
• Tutup mata anda dengan kain
basah

03 October 2011

apa nak jadi neyh:)..bodoh3...



kehebatan peguam *******
Azlina Jailani telah menang di Mahkamah.
mereka tak akan menang kerana melawan Allah, mereka hanya menang sementara di dunia...
sapa yg lebih berkuasa...
sama-samalah kita berdoa agar kita, generasi kita dan semua Islam yg ada sekarang sentiasa dlm Agama Allah


dan dilindungi Allah terpesong aqidah...amin

Pertubuhan Melayu Murtad telah diluluskan!!


persatuan Melayu Kristian telah SAH ditubuhkan di Malaysia !!
Injil telah dicetak & di edar...
IFC buat RoadshoW besar-besaran sokong kebebasan Beragama...
Bersedialah wahai saudara - saudari ku yang amat disayangi...
BERDOALAH SEMOGA UMAT ISLAM SELAMAT
tolong sebarkan kepada yang cintakan AGAMA ALLAH

(Agama Islam)....
gambar Lina Joy ( belakang sekali ) & Para peguamnya ISLAM DIHINA DI MALAYSIA
Baca sama-sama...

Dunia akhir zaman semakin menakutkan bila
berkait dgn soal akidah. Nak jadi apa dah ni??
Patut laa ada yang kata tak nak ada anak.
Bukan takut nak beranak, tapi takut
ada anak yang terpesong akidah.. baik tak de langsung!!

Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan
membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang
terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan
signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt
kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal [3]. Datuk Harussani juga
minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar
kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni
dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan
IFC ini adalah musuh Islam di M`sia.

Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?...
Depa send memorandum kepada PM meminta 15 perkara berhubung
dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia.
Antaranya:

1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan
mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun
- Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh
dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat
anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah,
tanya kat anak kita, 'Hang nak ikut ugama apa?'...Kalau dia kata nak
jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah
digazetkan dalam Perlembagaan Negara.

2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum
identiti agama - maknanya, perkataan 'Islam' yang ada kat mykad kita itu,depa
minta di'tiada'kan.

3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia
tidak perlu masuk Islam.

4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam,
mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.

5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid,
begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah
ibadat orang bukan Islam.

6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat
hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.

7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain -
mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan. Walaupun la ni
bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama
kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah
nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?...Kalau tak dak mahkamah
syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah,
sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar

8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya
dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.

9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak
penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.

10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang
ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga
ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.

11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible
dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.

12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di
Malaysia? ...lagi 3 ana tak ingat, anta boleh refer dalam Majalah Millenium
Muslim

Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana
sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?...Datuk Harussani tegur PM
dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya
dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?...Depa kata kat
Mufti Perak, 'Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded
langsung!'...Datuk Harussani balas dalam majalah 'Millenium Muslim',
katanya, 'Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih,
maka inilah hadiahnya!'...
Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia. Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar,
macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka!
-------------------------------------------------------------------------
Kata Al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya: 'Sepertimana yang Tartar
berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada raja
mereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak
yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil
daripada syariat yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan lain-lain.

Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa
nafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak
cucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan Sunnah
Rasulullah, sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangi
sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukum
selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar (rujukan tafsir
al-Quran al-'Azim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s. 70. Cetakan Beirut)

Allahua`ala `alam.
27 SEPTEMBER 2007

**SAPA YANG BACA ARTIKAL NIE 'DIWAJIBKAN' POST KEPADA SAUDARA MUSLIM
LAINNYA... KERANA INI SEBAHAGIAN DARI JIHAD... SUPAYA SAUDARA MUSLIM KITA DAPAT
TAHU TENTANG UNSUR-UNSUR MENGHANCURKAN ISLAM...
mohon sebarkan demi kbaikan islam bersama.. x perlu mohon =)

28 September 2011

ada apa dengn air mata itu???


1. Membantu penglihatan
Air mata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang membuat penglihatan menjadi kabur.
2. Membunuh bakteria
Tak perlu ubat titis mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai anti bakteria semulajadi. Di dalam air mata terkandung cairan yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria-bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandung bakteria, hanya dalam 5 minit.
3. Meningkatkan mood
Seseorang yang menangis menurunkan level depresi dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali. Air mata yang dihasilkan dari tipe menangis emosi mengandung 24 % protein albumin yang berguna dalam mengawal sistem metabolisme tubuh dibanding air mata yang dihasilkan dari iritasi mata.
4. Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemui bahawa air mata yang keluar dari menangis emosional adalah mengandungi racun. Keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia mengeluarkan racun dari dalam tubuh melalui mata.
5. Mengurangi stress
Bagaimana menangis mengurangi stres? Air mata mengeluarkan hormon stres yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan tahap stress, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.
6. Mengenal erti sosial
Selain baik untuk kesihatan fizik, menangis juga membantu seseorang membangun sebuah komuniti dalam masyarakat. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya dengan teman-temannya atau seseorang , dan hal ini meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi.
7. Melegakan perasaan
Semua orang ingin merasa demikian. Walaupunpun Anda didera berbagai macam masalah dan cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega. Setelah menangis, sistem limbik, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega.
so,konklusionnya setiap apa yang berlaku ada kebaikkan dan keburukkan..air mata juga ada baiknya:)..renung2kan..

apa yang penting untuk perempuan..:)

~~entry kali ini tidak ada kee mengena dengan diri aku tapi untuk semua...jgn katasaya galak ke apa..ini untuk semua..reality kehidupan..perkongsian dengan kawan2....
entry tentang payudara....payudara adalah penting untuk wanita...mula2 bagaimana tips untuk menjaga payudara agar sihat dan cantik:.
1. Lakukan pemeriksaan
Melakukan pemeriksaan payudara sendiri secara rutin. Setiap wanita sebaiknya memeriksa payudaranya sendiri, paling tidak sebulan sekali pada tarikh yang sama, apabila tiada haid. Bagi yang masih mendapat haid, waktu terbaik memeriksa payudara iaitu beberapa hari setelah berakhirnya masa haid, setiap bulan. Ketika itu payudara sudah kembali lembut. Jika terdapat sebarang perubahan, anda disarankan berjumpa doktor.

2. Pembedahan
Elakkan melakukan pembedahan payudara jika sekadar untuk membesarkan ukurannya. Kecantikan wanita bukan sekadar terletak pada aset ini sahaja, tetapi terletak pada 'hatinya'.


3. Senaman
Lakukan senaman dan perawatan payudara secara sendirian iaitu senam payudara dan yoga. Salah satu cara melatih otot pektoral adalah dengan menekan kedua telapak tangan separas dagu pada dinding (seperti posisi mendorong), arahkan pandangan ke langit, tahan beberapa detik, kemudian lepaskan. Ulangi latihan ini sampai 10 kali. Latihan ini boleh dilakukan ketika anda berada di bilik mandi. Rasakan tarikan pada otot pektoral ketika anda menggerakkan kepala ke atas. Kegiatan mengankat dan menurunkan bahu, apabila dilakukan berulang-ulang, dapat memperkuatkan otot dada.

Jika senaman yoga menjadi pilihan, mula-mula tenangkan fikiran, mulai dengan dalam posisi yoga. Depakan kedua lengan separas bahu. Gerakkan dengan lembut lengan kanan ke atas dan lengan kiri ke bawah. Kembalikan posisi lengan hingga sejajar dengan bahu. Rehat kira-kira 5 saat. Kemudian ganti posisi, lengan kiri ke atas dan lengan kanan ke bawah. Lakukan gerakan tersebut masing-masin 10 kali.


4. Urutan
Mengurut payudara dengan minyak aroma terapi, dapat menjaga keanjalan payudara. Urutan baik untuk merangsang sirkulasi darah. Caranya lakukan urutan ke arah luar, ke bawah dan ke arah dalam, kemudian mengikuti aliran getah bening ke arah ketiak, ke bawah tulang selangka dan ke arah tulang dada. Dibandingkan dengan masker dan krim yang disapukan, penggunaan minyak aroma terapi adalah lebih efektif kerana urutan akan lebih mudah meresap ke dalam kulit, mengalir dalam darah, kelenjar susu serta menyusup ke seluruh tubuh.


5. Bersihkan payudara
Payudara yang sihat adalah payudara yang bersih. Perhatikan kebersihan puting yang merupakan tempat keluar air susu, sekaligus kelenjar minyak yang berfungsi untuk melicinkan puting dan arela, agar tidak kering dan kulitnya tidak pecah. Gunakan kapas yang sudah dibubuhi minyak zaitun untuk membersihkan sisa kelenjar iaitu kelenjar minyak yang sering melekat pada puting.


6. Penggunaan Coli
Gunakan baju dalam atau coli yang sesuai dengan anda dan bukannya sekadar melekap di situ sahaja. Seelok-eloknya memakai coli yang sesuai mengikut saiz payudara, iaitu sepanjang tempoh kehamilan dan waktu menyusu anak.


7. Penyusuan

Sekiranya menyusukan anak, letakkan posisi bayi dengan betul dan selesa agar ia tidak terlalu menarik payudara. Terdapat masalah dalam tempoh penyusuan, ia termasuk bengkak buah dada. Cara mengatasi masalah itu, perah payudara perlahan-lahan untuk melembutkan terlebih dahulu sebelum menyusu atau tuam air suam untuk melegakan kesakitan.

Kelebihan menyusukan anak dapat menghindarkan dari penyakit barah payudara, barah ovari dan membantu mengecutkan rahim kembali kepada asal (selepas bersalin).

8. Ramasan
Elakkan pasangan anda membuat ramasan payudara (sewaktu melakukan hubungan seksual) dengan menolak ke kanan atau ke kiri terlalu kuat. Ini adalah kerana perlakuan sebegini kerap boleh membuatkan payudara anda kendur lebih cepat.

selain itu,
1.Jaga berat sehat
Menambah berat badan ternyata bisa meningkatkan risiko mengembangkan kanker payudara, sekaligus mengurangi kemungkinan Anda bertahan dari penyakit tersebut, demikian menurut Harold Freeman, MD, presiden dan pendiri Ralph Lauren Center for Cancer and Prevention di New York City.

2. Jangan malas berolahraga
Memang berat memulai latihan, namun bila tak segera dimulai, Anda tidak akan terbiasa. Lakukan latihan selama 45 menit hingga 1 jam, 3-5 kali seminggu. Latihan secara teratur bisa membantu mencegah penyakit ini dengan meningkatkan fungsi kekebalan tubuh Anda, menyingkirkan obesitas, dan menurunkan kadar estrogen dan insulin.

3. Kurangi alkohol
Banyak yang mengatakan, sedikit alkohol akan baik untuk kesehatan. Ternyata, hal ini lebih baik bila diterapkan pada pria. Sedangkan pada wanita, penelitian menunjukkan bahwa dua gelas alkohol sehari dapat meningkatkan risiko kanker payudara hingga 21 persen. Namun, Anda bisa mengambil manfaat alkohol ini dengan mengudap anggur segar. Resveratrol, bahan yang terdapat pada kulit anggur, ternyata mampu mengurangi kadar estrogen, yang bisa mengurangi risiko pengembangan kanker payudara.

4. Makan brokoli mentah
Kita sudah tahu apa manfaat sayuran, tetapi masih saja kita malas mengonsumsinya. Sayuran yang mampu memberi perlindungan ekstra pada payudara contohnya brokoli dan kale (sejenis kol hijau). Sayuran ini mengandungsulforaphane, yang diyakini membantu mencegah pembelahan sel-sel kanker. Agar efeknya dalam melawan kanker bertambah kuat, makanlah dalam keadaan mentah.

5. Kenali riwayat keluarga
Perempuan yang pernah mengidap kanker payudara memang tidak secara otomatis akan "mewariskan" penyakit ini pada anak-anak perempuannya. Namun, "Dari sekitar 15 persen kasus kanker payudara, ada riwayat keluarga yang terkena penyakit tersebut," kata Freeman. Jika Anda memiliki seorang anggota keluarga tingkat pertama yang pernah mengidap kanker payudara, risiko Anda memang meningkat. Jika ada dua anggota keluarga yang terkena, risiko Anda meningkat lima kali lipat.

6. Periksakan diri
Semua perempuan seharusnya menjalani pemeriksaan payudara secara klinis setidaknya setiap tiga tahun, serta pemeriksaan setiap tahun berikut mamogram sejak berusia 40 tahun. Perempuan yang memiliki riwayat keluarga dengan kanker payudara harus mulai melakukan screening 10 tahun sebelum usia saat anggota keluarga didiagnosa dengan penyakit tersebut. Tidak ada yang perlu ditakutkan bila Anda memulainya sedini mungkin, bukan?

saya bukan apa..skadar berkongsi kepada wanita2,perempuan2..kerana untuk mengelak anda mendapat kesan daripada tidak menjaga breast anda..
sekdar memperingtkan apa yang boleh diingtkan demi menjaga kawan2....
jangan ingt lelaki tidak boleh kena jangkitan pada breast...sekarang sdh ada...so,wahai lelaki pon berjaga2 la...mencegah lebih baik dari merawat:)...

25 September 2011

menggamit kenangan lalu..rindukaan saat ini..:)

Kenangan Itu Terlalu Indah Untuk Ku Lupakan...
setiap orang mempunyai kepuasan tersendiri apabila melakukan sesuatu itu:)..percayalah...tika aku dapat gelaran ini mak ayah aku g kot tgok aku aik pentas..lalallala...so,nk kata tak brbaloi pon tk leh r kan..segala pengalaman di sekolah aku gnakan sebaik mungkin apabila menjejak kaki di ipt:)....

putera koko smk naka 2008:)..
mohd syuib khalim....
ini:)..kebanggaan aku kot..kenangan yang tidak boleh dilupakan..percayalah..jika korang ada di tempat aku...
whua2...peengerusi kelb tu...percaya ke tidak:)...kira xtif la aku neyh dulu..semua nak masuk..tp semua yg ku masuk akhirnya membuahkan hasil....memberi kebanggaan kepada family jgak la...hiihih:)
bersama sama kawan di asrama smk naka:)..asrama itu banyak menggalkan kengan manis & pahit,suka duka kehidupan di situ..semua ada....
penglibatan dalam team bahas..:)..ini yang paling aku minat..perjuangan dalam arena bahas bermula dari form 3 hingga form 5...tp setelah tmat form 5 aku dh tk libatkan diri..menyepi kerana tk ingin cebur dalam arena ini..tpi di kolej aku dipilih untuk ceburi bidang ini..mula2 tk brapa yakin,tetpi menggalas harapan jabatan dan kawan2 mampu berikan yang terbaik..tak ku sangka dipilih kolej ke pdsza di uitm dungun:)..perfect..di sini antara debator terbaik pantai timur...kawan aku yg lelaki tu pon aku jmpa..setelah lama berpisah:)..
bola sepak adalah kesukaan aku yang ke dua..biarlah kejohanan di mna pon aku akan pergi..kalah menang belakang la..yang penting komitmen tu:).kenangan aku:)..sekarang hanya dalam ingatan..semua sdh membawa haluan masing2..boleh dikirakan mantap la kan team ni..":)
aku dalam team bola sepak sekolah..:)..pecaya atau tak..itulah hakikatnya..semua itu kengan..tk kan aku lupa semua itu.tika jatuh dan bangun bersama..pasukan bla sepak smk naka:)
hu3..sedetik berdkir:)..semua itu kenangan..mngjar erti sebenar kehidupan..tk cuba tak tahu..

yang hujung sekali tu aku:)barisan depan.....
percaya atau tidak aku boleh liibatkan diri dalam dikir barat:)..whuaaaa..aku po tk percaya..tetapi itulah hakikatnya..aku berjaya dipilih sebagai tukang karut plok tu..tp kjap je dikir neyh..just wat persembahan jer..tapi tk percaya la...ini reality not fantasy..ha3...tp alhamdulilah..semua itu pengalaman dan kenagan yang tidak mudah untuk dikecapi oleh seorang pelajar.tp aku sahut cabaran itu..whua2...:)



tahun pertama aku terbabit ngan kadet polis diraja malaysia:)..kenangan dal skuad ini tidak dapat ku lupakan..dari konstabel kadet dan waktu aku form 5 aku berjaya mendapat pengkat sarjan:>..sweet memoir kt smk naka...banyak mengajar aku erti kesabaran dan membentuk dsiplin diri...tapi sekrang yang tgal hanya uniform yang masih cantik di dalam almari di rumah aku...cita2 aku bukan seorang polis.aku minat ke arah para medik..so aku tgalkan semua itu..unntuk truskan dalam bdang para medik..jauh lari dari bidang yang aku ceburi..

ada apa dengan rokok~~

Tentang bahaya rokok pada umumnya saya rasa sudah banyak yang tahu, apalagi bagi orang yang tiap hari menghisap rokok, soalnya kan dalam setiap bungkus rokok terdapat tulisan tentang bahaya rokok, seperti ini. MEROKOK DAPAT MENYEBABKAN KANGKER, SERANGAN JANTUNG, IMPOTENSI DAN GANGGUAN KEHAMILAN DAN JANIN,

bahaya rokok terhadap kesehatan kita

bahaya rokok

Tapi anehnya meski pada bungkus atau kemasan rokok sudah tercantum tulisan tentangbahaya rokok yang sangat menakutkan, tetap saja banyak yang merokok.

Rokok mengandung lebih dari empat ribu zat-zat dan dua ribu diantaranya telah dinyatakan berdampak tidak baik bagi kesehatan kita, diantaranya adalah bahan radioaktif (polonium-201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di “kamar gas maut” bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, serta masih banyak lagi. Dan zat pada rokok yang paling berbahaya adalah Tar, Nikotin dan Karbon Monoksida. Tar mengandung kurang lebih empat puluh tiga bahan yang menjadi penyebab kanker atau yang disebut dengan karsinogen. Nikotin mempunyai zat dalam rokok yang dapat menyebabkan ketagihan, ini yang menyebabkan para pengguna rokok sulit sekali untuk berhenti merokok. Nikotin merupakan zat pada rokok yang beresiko menyebabkan penyakit jantung, 25 persen dari para pengidap penyakit jantung disebabkan oleh kegiatan merokok

 bahaya rokok

bahaya rokok

Berikut ini adalah bahaya rokok terhadap kesehatan kita
rokok dapat menyebabkan Kanker pundi kencing,
Kanker perut,
Kanker usus dan rahim ,
Kanker mulut ,
Kanker Esofagus,
Kanker tekak,
Kanker pankrias,
Kanker payudara,
Kanker paru-paru,
Penyakit saluran pernafasan kronik
Strok,
pengkroposan tulang atau yang dikenal dengan osteoporosis
Penyakit jantung,
Kemandulan,
Putus haid awal,
Melahirkan bayi yang cacat
Keguguran bayi,
Bronkitis,
Batuk,
Penyakit ulser peptik,
Emfisima,
Otot lemah,
Penyakit gusi,
Kerusakan mata
Yang tersebut diatas adalah bahaya rokok bagi perokok aktif, apa itu perokok aktif ?perokok aktif adalah orang yang merokok secara langsung menghisapnya rokok, sedangkan perokok pasif adalah orang yang tidak secara langsung menghisap rokok, tetapi menghisap asap rokok yang dikeluarkan dari mulut orang yang sedang merokok.

bahaya rokok

struktur kandungan bahaya rokok

Di bawah ini merupakan bahaya asap rokok bagi perokok pasif.
Meningkatkan risiko kanker paru-paru dan penyakit jantung
Masalah pernafasan termasuk radang paru-paru dan bronkitis
Sakit atau pedih mata
Bersin dan batuk-batuk
Sakit kerongkong
Sakit kepala

zat Yang terkandung dalam asap rokok adalah :
2 kali lebih banyak nikotin
5 kali lebih banyak karbon monoksida
3 kali lebih banyak tar
50 kali lebih zat kimia yang berbahaya bagi kesehatan

Bahaya asap rokok terhadap ibu hamil dan janin yang dikandungnya
Keguguran janin
Tumbesaran janin terencat – 30% lebih tinggi
Kematian janin dalam kandungan
Pendarahan dari uri (abruption placenta)
Berat badan berkurang – 20 hingga 30%

Bahaya asap rokok terhadap bayi
Masalah dan penyakit pernafasan
Mengganggu terhadap perkembangan kecerdasan
Jangkitan telinga
Leukeamia
Kanker otak 22%
Cepat lelah
Sindrom kematian secara mendadak

RENUNG2KAN:)

24 September 2011

perkembangan bahasa melayu:)


Perkembangan Bahasa Melayu

Ahli bahasa membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama iaitu:

  • Bahasa Melayu Kuno,
  • Bahasa Melayu Klasik dan
  • Bahasa Melayu Moden.

Bahasa Melayu Kuno

Merupakan keluarga bahasa Nusantara

Kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya, sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran.

Penuturnya di Semenanjung, Kepulauan Riau dan Sumatera.

Ia menjadi lingua franca dan sebagai bahasa pentadbiran kerana:

  • Bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar.
  • Tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat
  • Mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa.

Banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit kemudian dikenal pasti menyumbang kepada pengkayaan kosa kata dan ciri-ciri keilmuaan (kesarjanaan) Bahasa Melayu.

Bahasa Melayu mudah dipengaruhi Sanskrit kerana:

  • Pengaruh agama Hindu
  • Bahasa Sanskrit terletak dalam kelas bangsawan, dan dikatakan mempunyai hierarki yang tinggi.
  • Sifat bahasa Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan dan keperluan.

Bahasa Melayu kuno pada batu-batu bersurat abad ke-7 yang ditulis dengan huruf Pallawa:

  • Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M)
  • Batu bersurat di Talang Ruwo, dekat Palembang (684 M)
  • Batu bersurat di Kota Kampur, Pulau Bangka (686 M)
  • Batu bersurat di Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi (686 M)

Bahasa Melayu kuno pada batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832 M) ditulis dalam huruf Nagiri.

Ciri-ciri bahasa Melayu kuno:

  • Penuh dengan kata-kata pinjaman Sanskrit
  • Susunan ayat bersifat Melayu
  • Bunyi b ialah w dalam Melayu kuno (Contoh: bulan - wulan)
  • bunyi e pepet tidak wujud (Contoh dengan - dngan atau dangan)
  • Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu kuno (contoh: berlepas-marlapas)
  • Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno (Contoh: diperbuat - niparwuat)
  • Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h (Contoh: sukhatshitta)
  • Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua-samuha, saya: sahaya)

Peralihan Bahasa Melayu Kuno Ke Bahasa Melayu Klasik

Peralihan ini dikaitkan dengan pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13.

Selepas itu, bahasa Melayu mengalami banyak perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan.

Terdapat tiga batu bersurat yang penting:

a. batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356)

  • ditulis dalam huruf India
  • mengandungi prosa melayu kuno dan beberapa baris sajakm Sanskrit.
  • bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7.

b. Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380)

  • masih memakai abjad India
  • buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat

c. batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387)

  • ditulis dalam tulisan Jawi
  • membuktikan tulisan Arab telah telah digunakan dalam bahasa Melayu pada abad itu.

Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan.

Bahasa Melayu Klasik

Kegemilangannya boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting:

  • Zaman kerajaan Melaka
  • Zaman kerajaab Acheh
  • Zaman kerajaan Johor-Riau

Antara tokoh-tokoh penulis yang penting ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-Sumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf al-Singkel.

Ciri-ciri bahasa klasik:

  • ayat: panjang, berulang, berbelit-belit.
  • banyak ayat pasif
  • menggunakan bahasa istana
  • kosa kata klasik: ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih)
  • banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat): sebermula, alkisah, hatta, adapun.
  • ayat songsang
  • banyak menggunakan partikel ``pun'' dan `'lah''

Bahasa Melayu Moden

Bermula pada abad ke-19. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden.

Sebelum penjajahan Beritish, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam.

Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan.

Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Laporan Razak 1956 mencadangkan bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sistem pendidikan negara.

asal usul bahasa melayu:)

Bahasa Melayu (Jawi: بهاس ملايو) ialah sejenis bahasa Melayu-Polinesia di bawah keluarga bahasa Austronesia yang telah digunakan di wilayahMalaysia, Indonesia, dan persekitarannya sejak melebihi 1,000 tahun lalu. Walaupun asal usul bangsa Melayu (dalam pengertian yang khusus) yang paling asal belum diketahui secara pasti tetapi pertumbuhan bahasa Melayu dapatlah dikatakan berasal dari Sumatera Selatan di sekitarJambi dan Palembang.[1] Rekod terawal bahasa Melayu Kuno ialah sebuah batu bersurat bertarikh 682 Masihi yang dijumpai di Sumatera Selatan.

Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan Malaysia, Indonesia, dan Brunei, serta salah satu bahasa rasmi di Singapura. Di Indonesia, bahasa Melayu kini dipanggil bahasa Indonesia, dan di Malaysia, bahasa Melayu secara rasminya dipanggil bahasa Malaysia. Selain daripada keempat-empat negara tersebut, bahasa Melayu juga ditutur oleh penduduk-penduduk Melayu di Selatan Thailand , Filipina, Kemboja, Vietnam, Sri Lankadan Afrika Selatan.

Menurut statistik penggunaan bahasa di dunia, penutur bahasa Melayu dianggarkan berjumlah lebih 300 juta (bersama penutur Bahasa Indonesia) dan merupakan bahasa keempat dalam turutan jumlah penutur terpenting bagi bahasa-bahasa di dunia selepas bahasa Mandarin, bahasa Inggerisdan bahasa Hindi/bahasa Urdu. Selain itu, dilaporkan sebanyak 70,000 orang mampu bertutur dalam bahasa Melayu di Sri Lanka, manakala diChina, terdapat radio dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu juga diajar di universiti-universiti di United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia,Belanda, China, Jerman, New Zealand dan beberapa tempat yang lain.

Bahasa Melayu Piawai ialah Bahasa Melayu Riau, Indonesia, seperti yang dipersetujui oleh Indonesia, Malaysia, dan Brunei. Bahasa Melayu Riau dianggap tempat kelahiran bahasa Melayu. Di Malaysia, bahasa Melayu mengalami perubahan nama beberapa kali. Pada awal 1970-an, Bahasa Melayu dinamakan Bahasa Malaysia atas sebab politik. Namun sejak akhir-akhir ini, nama "Bahasa Melayu" digunakan semula. Bermula tahun 2007, bahasa kebangsaan Malaysia dinamakan kembali kepada Bahasa Malaysia sebagai simbol bahawa bahasa ini adalah bahasa untuk semua dan tidak mengira kaum. Di Indonesia, bahasa Melayu juga dikenali sebagai Bahasa Indonesia atas sebab persatuan dan kesatuan bangsa Indonesia iaitu Sumpah Pemuda tahun 1928. Di Singapura dan Brunei, Bahasa Melayu tidak mengalami sebarang perubahan nama.

Bahasa Melayu mempunyai banyak dialek dan setiap dialek mempunyai perbezaan ketara dari segi sebutan dan kosa kata. Misalnya,Bahasa Melayu Riau-Johor berbeza dialek dengan Bahasa Melayu Palembang, Jambi, dan Bengkulu. Melayu Riau-Johor menggunakan dialek "e" sedangkan Bahasa Melayu Palembang, Jambi, dan Bengkulu menggunakan dialek "o". Selain itu, bahasa yang digunakan oleh masyarakatperanakan atau Cina Selat (campuran pendatang Cina dan penduduk asal) merupakan campuran antara Bahasa Melayu dan dialek Hokkien. Bahasa ini dahulunya banyak digunakan di negeri-negeri Selat seperti Pulau Pinang dan Melaka. Walaubagaimanapun, kini kaum peranakan lebih gemar berbahasa Hokkien atau Inggeris. Bahasa Melayu merupakan bahasa aglutinatif, bermaksud makna perkataan boleh diubah dengan menambah imbuhan tertentu. Umumnya, kata dasar (atau kata akar) terdiri daripada kata kerja.

Penggunaan Bahasa Melayu di negara-negara ini berbeza bergantung kepada sejarah dan budaya. Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi di Malaysia pada 1968, tetapi Bahasa Inggeris masih digunakan dengan luas terutama sekali di kalangan masyarakat Cina dan India, sama seperti di Brunei. Berbeza di Indonesia, Bahasa Indonesia berjaya menjadi bahasa perantaraan utama atau lingua franca untuk rakyatnya yang berbilang kaum kerana usaha gigih kerajaan Indonesia dalam menggalakkan penggunaan Bahasa Indonesia selain Bahasa Belanda yang tidak lagi digunakan. Di Timor Leste, sekarang terlepas dari Indonesia menjadi negara Timor Leste, Bahasa Indonesia diterima sebagai "bahasa berkerja". Di Singapura, Bahasa Melayu dikekalkan statusnya sebagai bahasa kebangsaan walaupun Singapura mempunyai empat bahasa rasmi (iaitu Bahasa Inggeris, Cina, India, dan Melayu.) Di selatan Thailand, bahasa Melayu digunakan oleh orang-orang daripada Kesultanan Melayu Patani (orang Melayu Pattani), tetapi tidak memperolehi sebarang pengiktirafan daripada kerajaan.

Pada awal tahun 2004, Dewan Bahasa dan Pustaka dan MABBIM mencadangkan Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi ASEANmemandangkan lebih separuh jumlah penduduk ASEAN mampu bertutur dalam Bahasa Melayu. Walaubagaimanapun, perkara ini masih dalam perbincangan.

22 September 2011

mengajar aku erti keberanian:)

penglibatan dalam dunia perdebatan mengajar aku erti keberanian.....
mengajar aku bagaimana untuk menghasilkan satu isu yang betul2 mantap...
dalam arena perdebatan semuanya tk mudah yang di sangka...
memang semua orang anggap itu mudah,tapi try la buat kan..:)
dulu apabila telah lama aku tingalkan semua nie...


tapi apabila tiba di ipt aku disuruh berdebat kembali..terasa kelainan:)..
aku dah suka dan teuja untuk kembali berdebat...
tp semuanya mungkin berakhir...
jika di berikan peluang aku mahu buktikan kepada mereka...
apabila berada d arena perdebatan tidak semua pendebat berjaya membawa kes..
jika yang betul2 mantap dan mempunyai pengalaman yang luas mapu bersaing...
tapi segalanya tidak mustahil kerana perdebatan bermain dengan kata2....
sesekali aku rasa aku telah jatuh dan tak dapat bangun semula dalam arena ini..
tp alhamdulilah....
berkat usaha aku boleh bangkit dan terus bangkit akhirnya berjaya la kan...
kenangan yang tidak dapat dilupakan dalam arena ini adalah aku berjaya jabatan diagnostic radiografi ke final pertandingan debat piala presiden kist:)...
dapat bayangkan antara semua debator yang berada di pentas final hanya aku debator lelaki:)...lalalalallala.....tp sayang2..still kalah..maybe darah gemuruh...
aku ingt semuanya dah berakhir di situ tapi aku berjaya mewakili kolej plok,,hahhaha,reaeki kan....mencari pengalaman baru di pertandingan debat sulltan zainal abidin...


kenangan d pentas final piala presiden:)...




bersama lec selaku coach debat:)

aku merindui dunia perdebatan..banyak mengajar aku untuk melangkah terus memacu dalam perjuangan..berpegang pada pendapat yang satu..wadah yang berkesan dapat melahirkan jati diri bagi membawa sesuatu yang disuarakan..pengalaman merupakan guru yang terhebat dalam hidup kita...carilah pengalaman itu selagi ada kesempatan,peluang dan ruang....suka duka dalam arena perdebatab merupakan kenagan terindah sebagai pendebat:)

sesekali terasa tak mampu tuk berdebat tapi segalanya berubah apabila keyakinan yang wujud dari hasil dunia perdebatan membawa kita ke arah kejayaan dan mampu membantu kita dalam urusan seharian dalam kehidupan..:)

aku tak sesekali membeci arena ini..tapi lebih sukakanya....kerana ia betul2 menarik..hanya para debator sahaja yang tahu nikmat berdebat...
apabila apa yang diperdebatkan itu memihak kepada kita itulah nikmat berdebat..perdebatan dan pembelajaran 2 dunia yang sangat berkait rapat..jadi anda tidak boleh membenci arena inni kerana ia sangat2 bagus2...
debat adalah satu kehidupan...aku rindukan debat..miss u debat:(..
debat boleh diaplikasikan dalam kelas seperti apabila mahu bertanya sesuatu dan mahu betulkan apa yg salah tetapi pelajar sekrang tak berani,,itu salah,,,,,tak de keyaakinan...sarankan masuk lah dan libatkan diri lah dengan debat....nescaya keyakinan diri akan wujud dengan sendiri...
tapi aku hidup dengan cara aku,
berdiri dengan cara aku,
segalanya cara aku.....
kalau anda berani join la arena yang baik dan membawa kesan positif pada sekarang dan masa mendatng,,
percayalah...
aku





BEraniKah anda???
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...